TAG MERAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR SELANGOR SAH, TIADA KAITAN DENGAN ‘SCAM’

Spread the love

Oleh : JomCheck

Kecoh di media sosial satu hantaran yang mendakwa bahawa tag merah pemotongan bekalan air oleh Air Selangor merupakan satu bentuk ancaman penipuan ‘scam’.

Hal ini kerana, tag merah yang didakwa diletakkan di pili air utama rumah yang mengalami pemotongan bekalan air itu disertakan dengan kod QR yang digunakan untuk tujuan pembayaran tunggakan bil air secara terus.

Oleh itu, wujud dakwaan di aplikasi WhatsApp yang menyampaikan naratif sebagai ‘peringatan’ kepada orang ramai agar tidak mengimbas kod QR tersebut kerana bakal menghadapi risiko penipuan.

Semakan yang dilakukan kepada rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa dakwaan kod qr yang berada pada tag merah tersebut merupakan ancaman ‘scam’ adalah palsu.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Air Selangor melalui hantaran di Facebook rasmi mereka menjelaskan bahawa label notis pemotongan bekalan air tersebut diguna sebagai pemakluman kepada pelanggan yang mempunyai tunggakan bekalan air.

Sumber: https://mycheck.my/more.php?id=2319647

Isi penting berkaitan isu ini adalah:

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf juga mengakui bahawa tag merah tersebut adalah benar dan telah digunakan sejak tiga tahun lalu oleh Air Selangor.
Air Selangor juga mengingatkan kepada pengguna yang tidak mempunyai tunggakan bekalan air namun masih menerima tag berkenaan untuk terus menghubungi mereka.
Namun, pengguna diminta untuk kekal berhati-hati apabila melakukan sebarang transaksi melalui kod QR kerana dibimbangi ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation