• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Memperkasa Akuakultur ke arah Keterjaminan Makanan Negara

Spread the love

BANGI, 6 Ogos 2024 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Seminar Akuakultur 2024 bertemakan Memperkasa Akuakultur ke Arah Keterjaminan Makanan Negara semalam.

Seminar anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar itu terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia.

Menurut Athur, penganjuran seminar tersebut bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu memperkasakan industri akuakultur bagi mengurangkan kebergantungan sumber perairan semulajadi (perikanan tangkapan) dan beralih kepada ternakan akuakultur yang memfokuskan kepada spesies utama serta ternakan berproduktiviti tinggi dengan aplikasi teknologi terkini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup

“Sektor akuakultur merupakan salah satu fokus utama KPKM dalam memastikan sumber makanan yang mencukupi dan terjamin. Berdasarkan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) pengeluaran Akuakultur disasarkan kepada 40% sumbangan kepada perikanan berbanding 60% daripada Perikanan Tangkapan menjelang 2030.

Pada tahun 2024, KPKM menyasarakan pengeluaran akuakultur 500,000 tan metrik dan kita kini telah mencapai 50 peratus sasaran pengeluaran. Pada hari ini KPKM melalui Jabatan Perikanan Malaysia menyumbang bantuan RM8.31 juta untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur mengikut DAN 2.0 dengan sasaran pengeluaran 630,000 tan metrik dengan nilai RM4.8 billion pada tahun 2025,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, seminar ini dilihat sebagai medium terbaik untuk semua pihak berkongsi idea bagi mencapai agenda keterjaminan makanan negara melalui eksplorasi kaedah-kaedah terbaik menggunakan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti kecekapan operasi serta pengurusan sumber yang sistematik.

Sebanyak enam orang pembentang daripada jabatan, agensi juga wakil universiti membentangkan berkenaan industri akuakultur serta kajian pembangunan teknologi dan turut diadakan sesi perkongsian daripada dua orang penternak akuakultur yang telah berjaya mengaplikasikan teknologi dalam sistem ternakan yang diusahakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation