• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Bawa suara Melaka di pentas Forum dan Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi Madani Zon Selatan 2024

Spread the love

Oleh : Salman Hamat / MELAKA HARI INI

SKUDAI 18 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, membawa  suara, aspirasi dan hasrat Negeri Melaka pada Sesi Forum dan Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi Madani Zon Selatan 2024 di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor semalam.

Lebih bermakna apabila Ketua Menteri dijemput sebagai ahli panel pada sesi forum yang  turut menampilkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Besar  Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ab Rauf berkata, menyentuh ‘Ekonomi Madani’ dalam konteks Negeri Melaka, Kerajaan Negeri optimis mencadangkan satu inisiatif baharu dengan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan antara tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, koridor itu merupakan medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi antara ketiga-tiga negeri yang pastinya mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan, terutamanya yang melibatkan pembangunan di kawasan sempadan.

“Tidak ketinggalan, di bawah Kerajaan Perpaduan Negeri Melaka, pentadbiran saya juga bertekad menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri ‘mesra pelabur’.

“Negeri Melaka telah menerima pelaburan langsung luar negara (FDI) dan domestik sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2023, sementara itu setakat Mac 2024 Melaka merekodkan pelaburan berjumlah RM2.38 bilion,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran  di Facebook rasmi beliau.

Hadir  sama pada program itu adalah Yang di-Pertua Dewan  Rakyat  Tan Sri Johari Abdul; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar ; Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad.

Menurutnya, dalam kerangka pembangunan Ekonomi Madani, Kerajaan Negeri Melaka mahu projek-projek berimpak tinggi menjadi keutamaan dibangunkan di Koridor Ekonomi Anjung Selatan.

Jelas Ketua Menteri, antara projek berkenaan  adalah pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat; Kuala Lumpur – Singapore High Speed Rail; Jelapang Padi Selatan dan pembangunan Zon Ekonomi seperti Maharani Gateway, SM-WEZ dan Amart Artificial Intelligence (AI) Container Port di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation