Volkswagen Malaysia Umum Program Bantuan Banjir  

Spread the love

Diskaun sehingga 30% alat ganti tulen untuk kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir

−    Pemeriksaan kenderaan secara percuma di pusat-pusat servis sah

Dapatkan sokongan dan temu janji dengan lebih mudah menerusi aplikasi Volkswagen Cares

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, VPCM menawarkan diskaun sehingga 30% alat ganti tulen untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025. Diskaun tersebut boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen di seluruh Malaysia.  

Sebagai tambahan, VPCM ada menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir dan mencadangkan pembaikan yang sewajarnya. Servis itu bertujuan menjamin keselamatan dan ketahanan semua kenderaan yang terjejas sebagai sebahagian daripada program penjagaan selepas jualan yang komprehensif.  

VPCM juga menawarkan pelan pembayaran mudah di mana pemilik boleh membayar bil pembaikan mereka beransur kepada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0%. Inisiatif ini membuktikan komitmen Volkswagen untuk membantu pelanggan ketika berdepan waktu sukar dan memberi ketenangan minda kepada mereka.  

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation