Air Selangor Berkongsi Keceriaan Bersama Anak-Anak Kurang Bernasib Baik dan Warga Emas Sempena Sambutan Krismas.

Spread the love

Kuala Lumpur – Dalam semangat menyemarakkan keceriaan sempena sambutan Krismas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui inisiatif Community Investment (CI) Sesama Mara menyalurkan sumbangan kepada dua (2) rumah kebajikan.

Menerusi inisiatif ini, Air Selangor telah menyumbangkan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan, perabot asas, dan barangan keperluan rumah kepada dua (2) rumah kebajikan di Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu Home of Peace Kuala Lumpur dan Grace Home Klang.

Selain memberi bantuan dan mengunjungi rumah-rumah kebajikan yang terlibat, pasukan sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 11 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan Home of Peace Kuala Lumpur, menjalankan aktiviti bercucuk tanam serta menghias rumah kebajikan tersebut dengan hiasan Krismas. Para sukarelawan juga meluangkan masa menyambut hari lahir anak-anak dan menyanyikan lagu Krismas untuk memeriahkan lagi sambutan mereka.

Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor berkata, “Program keceriaan sambutan perayaan di bawah inisiatif Sesama Mara ini mencerminkan komitmen Air Selangor dalam menyokong golongan yang kurang bernasib baik. Dengan membawa keceriaan dan keselesaan kepada penghuni rumah kebajikan ini, kami berharap dapat menginspirasi semangat kebersamaan dan ehsan dalam kalangan semua pihak.

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor telah mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope kepada golongan yang memerlukan. Sebanyak 6,775 kotak Box of Hope telah diagihkan sehingga kini kepada keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak inisiatif ini mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020.

Kaedah sumbangan Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh dilakukan di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Selain itu, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

Air Selangor berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraan di samping memperkukuhkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling disamping memperkukuhkan hubungan bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation