Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Halmahera, Indonesia pada jam 5:35 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 5:35 pagi, 4 Februari 2025
Koordinat
: 2.9° Utara 128.0° Timur
Lokasi
: Halmahera, Indonesia
Magnitud
: 6.1
Jarak
: 207km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia
Kedalaman
: 97 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment