• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PDRM tahan suspek miliki bahan pornografi kanak-kanak

Spread the love

15 Disember 2022 –  Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki  sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.

“Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat ini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kes ini.” kata PDRM.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation