PUTRAJAYA, 11 Ogos –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menerima satu lawatan kunjung hormat pagi tadi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Seramai 13 Pegawai Kanan JKDM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/ Pematuhan), YBhg Dato’ Sazali bin Mohamad hadir dengan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin.
Usai sesi kunjung hormat, satu perbincangan sektor operasi turut diadakan di antara kedua dua pihak. Dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara, pelbagai inisiatif dilontarkan terutamanya dalam mendepani cabaran penguatkuasaan yang kompleks serta mencabar.
Maritim Malaysia dan JKDM mencapai kata sepakat untuk bersama-sama membentuk satu jaringan kerjasama strategik merangkumi pelbagai sektor serta bakal memperkenalkan kerjasama tersebut menerusi penjenamaan Operasi Kastam dan Maritim Malaysia iaitu “OPERASI KASMAR”.
Faktor yang menjadi asas perbincangan adalah memantapkan penguatkuasaan undang-undang persekutuan di bawah AKTA KASTAM 1967. Umumnya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada di antara Maritim Malaysia dan Kastam seperti aspek operasi meliputi elemen perisikan, prosedur tetap operasi (PROTAP), mewujudkan markas operasi bersama (MOB) terutamanya ketika melaksanakan sesuatu operasi khas.
Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk memantapkan peranan Maritime Command Centre (MCC) dan Sistem Awasan Laut Maritim (SWASLA) dengan menempatkan beberapa pegawai JKDM disamping memanfaatkan penggunaan bersama fasiliti dan aset-aset operasi di kedua-dua agensi.
Selain itu, aspek pembangunan modal insan seperti meningkatkan keupayaan serta kecekapan pasukan khas JKDM iaitu COBRA bagi bersama-sama menjalani latihan komprehensif bersama Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) turut dibincangkan dan ini termasuk memperkasakan peranan pusat latihan dan akademik iaitu Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL).
Jaringan kerjasama ini dijangka akan memberi nilai tambah dan hasil positif kepada negara serta dapat menunjukkan keseriusan Maritim Malaysia dan JKDM dalam usaha menjaga dan memelihara keselamatan perairan negara.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment