• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Adik Aqil Bertemu Pakar Prostetik

Spread the love

Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat telah bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata “Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”.

Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis). “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN.

Dalam video tersebut, adik Aqil pelajar SK Felda Lepar Utara 1 telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong oleh Cikgu Intan Zulailkha Jusoh yang berlari bersamanya. Beliau diiringi ibunya Noorhafizah Mat Desa, Cikgu Intan Zulailkha Jusoh dan Cikgu Mohd Razif bin Ibrahim yang membimbingnya untuk perlumbaan.

Hannah diiringi oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengetuai inisiatif Projek Tongkat yang bertujuan menawarkan sokongan kepada orang yang diamputasi melalui sukan.

Hannah menasihatkan mereka yang kurang upaya untuk memohon kad OKU sebagai langkah pertama.

Mereka yang kudung kaki dan ingin bermain bola sepak boleh hubungi 011-36396375 atau e-mel ke myamputeefa@gmail.com atau berhubung di media sosial melalui laman Facebook dan Instagram projek_tongkat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation