• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

Spread the love

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin sejak beliau dilantik memegang jawatan berkenaan pada 6 November lalu diteruskan bagi merapatkan kerjasama dua hala menerusi agensi-agensi di rantau ASEAN dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

Terbaharu Datuk Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN serta Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi di sini semalam.

Antara perwakilan lain yang turut melakukan kunjungan hormat sama ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair di Ibu Pejabat Maritim Malaysia pada minggu lalu.

Menerusi pertemuan berkenaan, antara isu dibincangkan ialah kerjasama sedia ada serta potensi di masa hadapan dalam konteks pembangunan kapasiti agensi seperti latihan, perkongsian ilmu pengetahuan, Transfer of Tech dan Train the Trainer.

Perbincangan sama turut meliputi usaha berterusan dalam pemerkasaan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai center of excellence bagi pegawai penguatkuasa maritim di rantau ini.

Selain itu perbincangan turut berkisar mengenai kerjasama operasi di dalam menangani jenayah-jenayah maritim yang mengancam Malaysia dan negara-negara terbabit. Ini termasuk di dalam konteks perkongsian maklumat perisikan serta bantuan khusus di dalam latihan seperti forensik, siasatan dan lain-lain.

Intipati perbincangan lain dalam pertemuan berkenaan adalah mengenai trend jenayah semasa, situasi jenayah maritim dan cabaran-cabaran di dalam kawalan sempadan negara. Ini termasuk berkongsi konsep operasi, serta pengalaman di dalam menangani jenayah di laut.

Melalui kunjungan hormat ini, ia diharap menjadi langkah positif dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara Malaysia dan negara-negara terbabit di dalam konteks keselamatan maritim.

Maritim Malaysia turut mengalu-alukan kunjungan hormat daripada perwakilan negara-negara serantau lain dalam usaha membina kerjasama lebih erat bagi menjaga dan melindungi keamanan serta kedaulatan laut di rantau ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation