• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga

Spread the love

π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ – Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia.

Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini.

Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu.

Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian.

Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Perikanan Malaysia, dan seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua kru dan bot telah ditahan di Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

βœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

βœ–

Stop following

Unfollow Cancel

βœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

βœ–