Pelajar bantu usaha melestari kampus menjelang 2030

Spread the love

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka.

Pelajar-pelajar ini telah menerima geran khas di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) bernilai RM1,000 bagi membantu melaksanakan projek tahun akhir mereka di bawah program FYP@Sustainability. Tema penyelidikan projek tahun akhir adalah Matlamat Pembangunan Lestari Ke Arah Kampus Sifar Bersih yang Adil (Just Net-Zero).

Dr. Fung Hon Ngen

“Ini merupakan program julung kali diperkenalkan dimana pelajar ijazah sarjana muda bersama penyelia masing-masing diberi pendedahan dan peluang untuk memohon geran bagi membantu projek tahun akhir mereka. Isu kelestarian kampus menjadi titik fokus utama dalam program ini”, kata Dr. Fung Hon Ngen selaku ketua program khas di bawah projek UM Living Labs.

“Pelajar diberikan bimbingan dan bantuan khas sepanjang tempoh mereka menjalankan projek tahun akhir ini. Beberapa siri pembangunan kapasiti secara intensif juga dijalankan bagi membantu pelajar dalam menjalankan serta menghasilkan penyelidikan dengan baik dan berimpak kepada universiti,” katanya.

Program ini melatih pelajar dalam menjalankan penyelidikan berorientasikan tindakan yang bertanggungjawab dan penglibatan mereka secara proaktif secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada inisiatif pencarian solusi secara inovatif kepada cabaran kelestarian dunia sebenar.

Kemuncak program ini berlangsung semasa Majlis Simposium Hari Bumi Sedunia Tahun 2024 peringkat universiti di mana pelajar membentangkan poster penyelidikan bagi berkongsi hasil dapatan kepada umum. Lebih 100 warga kampus dan juga komuniti luar menghadiri memeriahkan majlis ini.

Davina Anne Rajah

Davina Anne Rajah, pelajar tahun 4 dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi , Fakulti Pendidikan merupakan pemenang bagi pembentang poster terbaik berkata, “Saya berpendapat program FYP@Sustainability ini sangat menarik. Ia benar-benar mendorong kami untuk berfikir tentang bagaimana projek penyelidikan kami boleh memberi kesan positif kepada kelestarian alam sekitar dan universiti.”

“Saya berbangga kerana dapat membantu menyumbang cadangan bagi penyelesaian masalah kelestarian kampus. Penyelidikan saya sejajar dengan agenda kelestarian universiti dengan menyepadukan pendidikan iklim ke dalam kurikulum English as a Second Language (ESL), seterusnya meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu kelestarian dalam kalangan pelajar yang pelbagai latar belakang. Dengan memupuk pelajar celik iklim, ia menyokong misi universiti untuk mempromosikan budaya kelestarian dan membentuk warga komuniti yang bermaklumat dan proaktif,” katanya.

“Program yang buat julung kali diadakan ini merupakan pendekatan unik UM melalui sokongan kerjasama daripada portfolio Penyelidikan dan Inovasi bersama Akademik dan Antarabangsa, dengan hasrat ianya menjadi pencetus awal kepada pencarian solusi cabaran kelestarian dari segenap aspek. Program seumpama ini sejajar dengan hasrat universiti berstatus Universiti Penyelidikan dalam mengetengahkan inovasi solusi penyelidikan ke dunia sebenar,” kata Profesor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UM ketika ucapan perasmian majlis.

Mengulas lanjut Dr. Fung Hon Ngen menyatakan bahawa program ini membantu aspirasi UM dalam mencapai kampus neutral karbon menjelang 2030. “Program ini bermakna kerana pelajar dapat menyumbangkan idea serta bersama-sama membantu isu kelestarian di kampus. Malah, pelajar diberi pendedahan dan diperkasakan mengenai isu kelestarian yang berlaku di dalam kampus dan secara tidak langsung melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran kelestarian,” katanya mengakhiri temubual.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Mohd Fadhli Rahmat Fakri, Pegawai Penyelidik, Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) di fadhli@um.edu.my

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation