Benar Wujudnya Aplikasi Kesan Panggilan daripada ‘Scammer’ yang disahkan PDRM

Spread the love

Oleh JomCheck

Tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pegawai polis sedang mempromosikan aplikasi bernama Whoscall yang dapat mengesan panggilan daripada ‘scammer’.

Oleh yang demikian, wujud pertanyaan dalam kalangan orang awam tentang keabsahan video yang berlegar serta aplikasi yang dipromosikan.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan kolaborasi dengan pembangun aplikasi Whoscall iaitu Syarikat My Gogo and Look Sdn. Bhd. sejak Januari 2023.

Sumber: https://www.rmp.gov.my/news-detail/2023/01/05/besmartstayalert-letsfightscammertogether-video-pilihan-whoscall-bantu-kekang-jenayah-scam

Isi tambahan kepada penjelasan di atas adalah:

a. Pegawai polis di dalam video berkenaan merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul, ASP Rahmat Fitri Abdullah.
b. Nombor telefon yang pernah membuat jenayah ‘scam’ dan tersenarai di dalam pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM akan terus dipalang sebagai ‘scammer verified by PDRM’.
c. Namun begitu, orang ramai masih dinasihatkan untuk tidak melayan sebarang nombor telefon yang tidak dikenali kerana helah untuk melakukan jenayah seperti ini juga menggunakan kaedah seperti ‘spoofing’ dan ‘Voice over Internet Protocol’ (VoIP) yang berkebolehan untuk mencipta pelbagai nombor telefon.

Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation