Oleh : JomCheck
JomCheck menerima soalan daripada orang awam tentang tahap selamat memuat turun aplikasi kad kahwin dalam format fail APK.
Menurut beliau, dia mendapati muncul aplikasi ‘pelik’ selepas memuat turun dan memasang (install) fail itu.
Beliau kemudiannya membuang (uninstall) aplikasi itu tanpa ada sebarang kesan terhadap peranti beliau.
STATUS: BENAR
PENJELASAN: Membuang aplikasi malware merendahkan risiko terhadap peranti. Memuat turun dan memasang (install) aplikasi tidak dikenali dari sumber APK berpotensi menjadi pintu masuk sendiket penipu (scammer) ke peranti anda.
Sumber: Norton (Syarikat pengeluar Anti Virus peranti)
https://us.norton.com/blog/malware/how-to-remove-malware-from-android-phones#:~:text=Uninstall%20the%20suspicious%20app.,you%20think%20may%20be%20infected.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/21/bahaya-muat-turun-aplikasi-apk-file-tidak-sah/
Tambahan kepada penjelasan di atas adalah:
a. Membuang (uninstall) peranti yang disuntik malware daripada peranti ada tidaklah membuang keseluruhan malware dari peranti anda.
b. Namun ia akan menghalang daripada kerosakan terus berlaku kepada peranti atau meluaskan serangan kepada peranti-peranti lain yang terhubung dengan peranti yang telah diserang malware.
c. Fail Android Package Kit (APK) yang tidak disahkan berkemungkinan mengandungi malware / virus.
d. Memuat turun dan memasang (install) fail APK yang mengandungi malware/virus boleh mengakibatkan kehilangan data atau pencurian maklumat penting di telefon bimbit.
Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment