• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Waspada terhadap SMS yang mengandungi Kandungan Terlarang

Spread the love

CYBERJAYA, 2 Sept 2024 (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 September 2024, arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikuatkuasakan. Kandungan terlarang ini termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number). 

Penguatkuasaan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta, untuk memperdaya orang ramai.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. SMS yang mengandungi elemen-elemen ini wajar dianggap sebagai berisiko tinggi dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan.

Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada MCMC melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta tangkapan skrin SMS yang diterima.

MCMC juga ingin mengingatkan orang ramai untuk turut berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperti Google RCS, Apple iMessage, serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram. Mesej yang mencurigakan dan berpotensi menipu boleh dilaporkan terus kepada penyedia platform yang terlibat atau kepada MCMC untuk tindakan selanjutnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation