KELANTAN, 4 September 2024 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah hadir melancarkan fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam.
Menurut Saifuddin, fasiliti tersebut telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2024.
“Inisiatif Baitul Mahabbah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sebagai pusat penempatan sementara bagi menampung kanak-kanak warga asing berumur kurang 10 tahun yang ditahan bersama penjaga sehingga proses dokumentasi mereka selesai.
Baitul Mahabbah ini bukan sekadar penempatan sahaja, bahkan anak-anak yang berada di sini diberi pembelajaran asas serta pelbagai aktiviti seperti membaca, melukis dan juga menyanyi.” katanya.
Saifuddin berharap agar inisiatif tersebut akan terus dapat menjaga kebajikan asas anak-anak ini sehingga proses dokumentasi mereka selesai.
Mengulas mengenai penglibatan NGO, Saifuddin berkata bahawa terdapat beberapa permintaan dari beberapa buah NGO yang berminat untuk turut serta bagi membantu inisiatif Baitul Mahabah itu.
“NGO ini tampil ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan Majlis Dialog Belanjawan KDN.
Di KDN, kami terbuka dengan penyertaan dengan juga hasrat untuk NGO ini ikut membantu. Itulah sebenarnya hubungan yang patut ada dan yang patut terjalin.” ujar Saifuddin.
Namun katanya, terdapat NGO yang banyak membuat kenyataan demi kenyataan tetapi tidak pernah memunculkan diri.
“Jadi kepada NGO yang mengambil pendirian begini saya ucapkan selamat maju jaya, saya tak boleh ubah mereka kalau mereka pilih (hanya) untuk lantang di luar tapi kalau mereka pilih untuk ikut serta, kami alu-alukan.” ujar Saifuddin.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment