PULAU PINANG, 6 September 2024 – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah merasmikan tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, sebagai salah satu langkah mempertingkatkan kemudahan di masjid tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat dan
pelancong asing.
Menurut Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu siaran media hari ini, pembinaan gazebo itu adalah untuk menangani masalah keterbatasan ruang dan kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung, terutama kaum wanita.
“Gazebo baharu ini menyediakan ruang yang lebih selesa untuk berehat, menyusukan anak, dan menjalankan pelbagai urusan lain dalam suasana yang tenang.
Untuk makluman, Masjid Bukit Bendera ini merupakan salah satu masjid tertua di Parlimen Bukit Bendera, dibina pada tahun 1966, dan telah digazet sebagai Masjid Pelancongan.
Selain menjadi pusat ibadah, masjid ini juga merupakan salah satu tarikan di Bukit Bendera, menerima kehadiran ramai pengunjung setiap hari, baik daripada kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong.” katanya.
Selain itu, Syerleena berharap agar para pengunjung turut bersama-sama menjaga dan menghargai kemudahan yang disediakan ini agar ia terus memberi manfaat kepada generasi seterusnya.
Dengan pembinaan tiga buah gazebo itu, yang menelan kos sebanyak RM39,300, Masjid Bukit Bendera akan dapat memberi nilai tambah kepada pengalaman pelancong dan jemaah. Kemudahan tersebut turut akan membantu dalam mempromosikan masjid sebagai pusat pelancongan yang mempromosi budaya Islam dan warisan tempatan.
Dalam pada itu ADUN Air Putih, Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan tambahan berbentuk meja, kerusi, dan peralatan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment