PRK DUN Mahkota bakal uji sekali lagi kerukunan PH-BN

Spread the love

JOHOR, 14 September 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah satu pilihanraya yang penting.

Menurut beliau, pilihan raya itu akan sekali lagi menguji kerukunan parti-parti Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah gabungan yang kuat dalam membentuk kerajaan Perpaduan.

“Ia bakal memberi gambaran keutuhan kita dalam memastikan agenda membangunkan negara dipacu atas kestabilan politik yang kukuh. Ia juga menjadi tanda penggembelengan rakyat pelbagai bangsa berpaksikan fokus bersama untuk menjayakan agenda pemulihan ekonomi sepertimana diiltizamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta kabinetnya.

Selain itu, Mahkota merupakan kerusi ideal untuk mengetengahkan politik moderat, sederhana dan tidak ekstrim sesuai dengan gagasan Malaysia Madani. Ia merupakan kontras kepada politik kebencian dan manipulasi sempit sentimen ras dan agama yang sering sekali menjadi modal Perikatan Nasional.” kata Sheikh Umar di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Tambahnya PRK DUN Mahkota juga menjadi medan memperkukuh jentera parti PH-BN di segenap lapisan.

“Dari peringkat pimpinan tertinggi, sehingga ke akar umbi. Kebersamaan jentera PH-BN akan mempamerkan kesediaan kita menghadapi pilihan raya akan datang khususnya PRU ke 16 nanti.

Saya percaya PH-BN akan bergerak seiringan bagi memenangkan Calon Perpaduan dalam PRK DUN Mahkota.

Ia penting bukan sahaja untuk menuai kejayaan pada 28 September 2024 di hari pembuangan undi, akan tetapi untuk kemenangan PH-BN menjelang PRU akan datang.” katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan pemergian penyandang kerusi tersebut, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari pada 2 Ogos lepas. BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN menampilkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan, 61.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation