• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI MENGUKUHKAN KERJASAMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA

Spread the love

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) — YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) di Putrajaya pada 23 September 2024.
 
MEXCO-STI bermatlamat untuk menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan STI, pelaksanaan program serta mewujudkan perkongsian pintar untuk memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri.
 
Pada mesyuarat MEXCO-STI kali ini, ahli-ahli telah membincangkan berkenaan Ketersediaan Teknologi, Kepakaran dan Model Perniagaan Bagi Industri Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri dengan melihat potensi untuk menjadi pemain global dalam industri REE daripada peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan membangunkan bakat dan teknologi yang sedia ada.
 
Turut dibincangkan juga Konsortium Balai Cerap bersama Kerajaan Negeri yang akan dapat memperkasakan ilmu dan penyelidikan sains angkasa khususnya astronomi di Malaysia melalui pengoperasian fasiliti balai cerap yang lebih berkesan dan efektif. Melalui penubuhan satu jawatankuasa, setiap ahli akan dapat membantu dari segi kepakaran teknikal berkaitan intrumentasi balai cerap serta kepakaran dalam penganalisaan data sains yang berkaitan dengan astronomi.
 
Bagi mengukuhkan ekosistem inovasi negara, mesyuarat mengambil maklum akan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam membangunkan Malaysia Innovation Index  (MII) agar dapat memberikan gambaran sebenar dan kesan terhadap prestasi dan kedudukan Malaysia dalam Global lnnovation Index (GII) pada masa akan datang.
 
Pada masa yang sama, mesyuarat turut melihat potensi metodologi foresight yang dibangunkan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) sebagai satu pendekatan yang sistematik untuk membantu memastikan perancangan pembangunan negeri lebih mampan dan berdaya tahan serta lebih bersedia untuk menghadapi risiko dan ketidaktentuan.
 
MOSTI turut berkongsi pelaksanaan inisiatif pembudayaan sains yang baharu melalui program STI 1003 dengan  penglibatan aktif saintis tempatan di sekolah-sekolah di seluruh negara dalam usaha memperkasakan pembudayaan STI dan seterusnya meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM.
 
MOSTI akan terus memperkukuh MEXCO-STI sebagai platform rasmi untuk menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan STI, pelaksanaan program serta mewujudkan perkongsian pintar untuk memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri di samping mengenalpasti bidang-bidang sains, teknologi dan inovasi yang berpotensi untuk diteroka bagi pelaburan berimpak tinggi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation