• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tiada bantuan berbentuk wang tunai oleh JPN

Spread the love

PUTRAJAYA, 26 September 2024 – Susulan daripada hantaran di TikTok yang tular baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh Jabatan tersebut.

Menurut JPN di dalam satu kenyataan, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform tiktok itu adalah palsu.

Tambahnya, sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh Kerajaan, ianya boleh disemak
di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini. Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.” kata JPN.

Baru-baru ini tular di TikTok daripada akaun @malaysia.madani.2024 yang menyebarkan maklumat palsu mengenai ‘Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 september 2024’.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 401,800 tontonan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation