• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

XSOLLA AKAN MEMPERSEMBAHKAN PENYELESAIAN PENGEMBANGAN GLOBAL SEMASA PERTUNJUKAN PERMAINAN TOKYO 2024

Spread the love

Xsolla akan Mempamerkan Alatan Berinovatif untuk Pembangun dan Penerbit Permainan dalam Usaha Mencapai Pasaran Global.

(Grafik: Xsolla)

TOKYO, 26 Sept (Bernama) — Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, akan mempamerkan penyelesaian termaju syarikat di Dewan 4, Reruai #04-C48, semasa Pertunjukan Permainan Tokyo 2024, yang akan diadakan dari 26-27 September 2024, di Pusat Konvensyen Makuhari Messe di Tokyo, Jepun. Reruai Xsolla akan menampilkan demonstrasi secara langsung penyelesaian terkini syarikat yang bertujuan membantu pembangun dan penerbit permainan berjaya dalam mengembangkan ke pasaran antarabangsa.

Semasa acara itu, Jin Jeong, Naib Presiden Serantau Xsolla Jepun, akan menyampaikan sesi ucaptama yang menumpukan kepada peranan kritikal penyelesaian Saudagar Rekod (MoR) Xsolla dalam mengubah cara syarikat permainan mengendalikan transaksi rentas sempadan, cukai dan kerumitan kawal selia. Sesi ini akan menawarkan pembangun dan penerbit pandangan menyeluruh mengenai cara Xsolla memudahkan operasi global, membolehkan studio menumpukan kepada mencipta permainan manakala Xsolla pula mengendalikan bahagian perniagaan.

Selain mempamerkan penyelesaian MoR syarikat, Xsolla akan menunjukkan cara sistem pembayaran dan ciri main silang/bayar silang syarikat tersebut meningkatkan jangkauan global untuk pembangun permainan daripada pelbagai saiz dan merentasi semua platform. Xsolla juga akan mempamerkan cara syarikat itu membantu syarikat permainan video menyepadukan dengan pelbagai kaedah pembayaran di seluruh dunia, membolehkan pembangun menjana pendapatan daripada permainan mereka merentasi rantau berbeza dengan mudah.

David Stelzer, Presiden Xsolla, menekankan kepentingan acara ini untuk syarikat: “Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pertunjukan Permainan Tokyo dan mempersembahkan penyelesaian terkini kami yang direka bentuk bertujuan memperkasa pembangun dan penerbit permainan untuk berkembang di seluruh dunia. Misi kami ialah untuk menyokong industri permainan dengan alatan yang diperlukan untuk berkembang maju di pasaran antarabangsa dan kami tidak sabar mahu mempamerkan cara Xsolla boleh menjadikan pengembangan global lebih mudah dan berkesan.”

Para hadirin dijemput mengunjungi reruai Xsolla untuk bertemu dengan pasukan pakar, yang akan bersedia memberikan cerapan, menjawab soalan dan membincangkan cara penyelesaian mereka yang disesuaikan boleh membantu pembangun dan penerbit permainan mengembangkan perniagaan masing-masing. Bagi mereka yang berminat dengan perbincangan yang lebih mendalam, Xsolla juga menawarkan pertemuan secara bersemuka untuk meneroka penyelesaian khusus bagi pengembangan pasaran global.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation