NAMA JALAN YAP AH LOY KEKAL, TUDUHAN PERTUKARAN NAMA ADALAH PALSU
Oleh : JomCheck
Talian JomCheck telah diminta untuk menyemak kesahihan tentang isu yang tular di media sosial berkaitan penukaran nama Jalan Yap Ah Loy kepada Jalan Palestin.
Isu ini mula tular apabila tersebarnya satu gambar ketika perasmian Jalan Palestin yang disertakan dengan tuduhan bahawa nama Jalan Yap Ah Loy telah ditukar kepada Jalan Palestin.
Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepis dakwaan ini dan memberi penjelasan terperinci tentang status kedua-dua jalan.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa Jalan Yap Ah Loy masih kekal dengan nama yang sama dan tiada sebarang perancangan untuk menukar nama jalan berkenaan kepada Jalan Palestin seperti yang didakwa
Be the first to leave a comment