GRAFIK MANUSIA HARI KEBANGSAAN ‘SELAMAT DATANG’ DALAM TIGA BAHASA, BUKAN HANYA MANDARIN
Oleh : JomCheck
Tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan grafik manusia dengan Bahasa Mandarin ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024. Video pendek ini telah mewujudkan naratif seolah-olah bahawa Bahasa Mandarin diagungkan ketika sambutan Hari Kebangsaan lalu membangkitkan sentimen perkauman.
Rujukan JOMCHECK terhadap MyCheck Malaysia mendapati bahawa mereka telah membuat semakan berhubung isu ini dan memberikan penjelasan yang menyeluruh.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Grafik manusia yang tular itu membawa maksud ‘Selamat Datang’ dan dihiasi dengan 3 bahasa bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
Be the first to leave a comment