30 November 2024 – Penyelidik dan perekacipta daripada Malaysia yang mengambil bahagian dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2024) berjaya meraih pelbagai anugerah dan pingat semasa Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Convention & Exhibition Center (CoEX), Seoul, Korea Selatan semalam.
Pertandingan yang berlangsung daripada 27 November hingga 30 November 2024 ini telah dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa (IFIA). Ianya merupakan satu platform yang ketiga terbesar di dunia bagi para pencipta dan penyelidik daripada seluruh dunia mempamerkan idea-idea baru dan produk kepada para pengilang, pelabur, pengedar, firma pelesenan dan orang awam. Pada tahun ini, pihak penganjur telah berjaya menghimpunkan sebanyak 519 produk rekacipta dan inovasi daripada 32 buah negara.
Pada kali ini perekacipta dan penyelidik daripada Malaysia membawa pulang 1 hadiah utama (Grand Prize), 7 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 5 Pingat Gangsa. Disamping itu, Malaysia juga menerima beberapa anugerah khas daripada Negara Arab Saudi, United Arab Emirates (UAE),Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapore, China dan Korea. Penyertaan terdiri daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Agensi Nuklear Malaysia, MARDI, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kolej Selatan (SUC) dan CRAUN Research Sdn. Bhd. Sebanyak 27 Inovasi telah di pertandingkan.
Inovasi WINDR 153 yang merupakan alat penggulungan elektronik pintar bagi peningkatan keselamatan dalam radiografi industri, telah di nobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama. Ketua Penyelidik WINDR 153 iaitu Dr. Mohd Noorul Ikhsan daripada Agensi Nuklear Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, beliau merasa cukup terharu namun gembira dengan anugerah yang telah di berikan. Ianya merupakan satu pemangkin untuk beliau terus berinovasi bagi menghasilkan lebih banyak peralatan yang dapat meningkat keselamatan dan sekuriti nuklear bagi manfaat sejagat selain dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos.
Presiden MARS, Dr Aswir Abd. Rashed mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua penyelidik yang telah mengambil bahagian di atas semangat dan komitmen yang telah diberikan. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang berinovasi kerana inovasi bukan sahaja menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan mudah, bahkan dapat menjimatkan banyak wang, masa dan tenaga.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment