POTENSI KIAU DIBANGUNKAN SELARAS PEMILIHAN  KAMPUNG ANGKAT MADANI: EWON 

Spread the love

KOTA BELUD, 8 Disember – Potensi Kampung Kiau dalam bidang pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak akan dibangunkan selaras pemilihan kampung itu sebagai Kampung Angkat MADANI, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memilih Kampung Kiau sebagai Kampung Angkat MADANI kerana kampung itu amat dekat dihatinya dan menyedari masih banyak keperluan dan pembangunan yang diperlukan di kampung itu.

“Saya memilih kampung ini kerana saya membesar dan bersekolah  di sini. Saya juga melihat masih banyak keperluan dan masalah yang perlu ditangani di sini.

“Saya yakin melalui pemilihan kampung ini sebagai Kampung Angkat MADANI, kita dapat menangani masalah dan membangunkan potensi kampung ini terutamanya dalam bidang keusahawanan, pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kampung Kiau dan perasmian Tamu Desa Kiau, di Dewan Tamu Desa Kiau, di sini, hari ini.

Ewon berkata, Program Kampung Angkat MADANI adalah inisiatif kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai Kampung Angkat MADANI, menjadi tanggungjawab saya untuk melengkapkan atau menambah baik keperluan pembangunan yang diperlukan penduduk kampung Kiau (Kampung Kiau Taburi, Kampung Kiau Nuluh dan Kampung Kiau Bersatu).

“Walaupun saya memilih Kampung Kiau sebagai Kampung Angkat tetapi saya akan meneruskan perkhidmatan yang sama kepada kampung-kampung lain di kawasan yang saya wakili iaitu kawasan Kadamaian dan Penampang.

“Pemilihan ini tidak mengurangkan komitmen saya untuk memberi kepimpinan dan perkhidmatan terbaik kepada kampung-kampung lain,” katanya.

Beliau berkata, antara keperluan penduduk kampung yang akan dilaksanakan melalui Program Kampung Angkat MADANI ialah pemilikan geran tanah melalui Program PANTAS, kemudahan Tamu Desa dan pembiayaan kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam keusahawanan, pertanian dan pelancongan.

Ewon berkata, Kampung Kiau yang tidak asing lagi sebagai destinasi pelancongan luar bandar akan dimajukan melalui koperasi-koperasi pelancongan kampung itu.

Beliau berkata, antara produk pelancongan yang diusahakan oleh Koperasi Minitinduk Berhad (koperasi Kampung Kiau) ialah laluan asal pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang pernah dilalui oleh Sir Hugh Low pada tahun 1851, iaitu pendaki pertama yang berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu.

“Laluan itu mempunyai sejarah tersendiri akan menjadi antara produk pelancongan di Kampung Kiau,” katanya. 

Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan replika cek bernilai RM1.329 juta kepada 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) 2024.

Turut disampaikan sebanyak 325 geran tanah kepada penduduk Kampung Kiau Taburi, Kiau Nuluh dan Kiau Bersatu dan penyampaian bantuan serta pembiayaan kepada beberapa koperasi dan persatuan daripada agensi-agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh,

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Noor Afifah Abdul Razak dan ketua-ketua agensi KUSKOP serta wakil daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation