BUKIT TINGGI, PAHANG: Dalam mengharungi hiruk-pikuk kota merentasi kesesakan ke tempat kerja, pasti ramai yang membayangkan kesesakan ini bertukar wajah. Kehijauan sayup mata memandang. Hirupan udara nyaman disulami bunyi alam menyapa kalbu ketika mata menjamah keindahan alam ciptaan Tuhan.
Impian ini bukan di luar jangkauan. Tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur, alam indah menjadi kenyataan dalam jangka masa kurang 1 jam perjalanan.
Destinasi idaman yang dimaksudkan adalah The Chateu Spa & Wellness Resort yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang subur. Megah berdiri pada ketinggian 3,000 kaki di atas aras laut dengan binaan diinspirasikan daripada istana ‘Haut Koenigsbourg’ abad ke-18 di Alsace, Perancis, resort ini memulakan operasi untuk penginapan eksklusif dan mewah pada Januari 2012.
Dengan kehijauan berkeluasan 16,000 ekar yang memukau, ia berdiri megah di atas kampung Colmar Tropicale, resort bertemakan kampung bergaya Perancis di Berjaya Hills dan berdekatan hamparan hijau terjaga rapi milik lapangan golf 18 lubang di Berjaya Hills Golf & Country Club.
Resort ini mempunyai 172 bilik daripada lapan kategori termasuk Bilik Deluxe, Bilik Premier, Suite 1-Tidur, Suite Jacuzzi, Suite Noble, Suite 2-Tidur, Suite 3-Tidur dan Suite Son Altesse, direka penuh elegan dengan perabot diinspirasikan oleh gaya tradisional namun canggih bergaya Eropah, dilengkapi dengan kemudahan mewah. Resort ini juga mempunyai kelab kanak-kanak, direka untuk memenuhi keperluan dan keutamaan keluarga dengan anak-anak, bagi mencipta pengalaman percutian yang menyeluruh dan menyeronokkan untuk semua.
Permata berharga Chateu, La Santé Spa adalah spa Eropah di Asia yang pertama mengadaptasi konsep Eropah yang bergabung dengan kemesraan dan layanan baik orang Asia. Kemudahan yang tiada tandingan dengan ciri-ciri unik seperti fasiliti kesejahteraan termal. Ia termasuk Salt Grotto – rawatan di mana lumpur terapeutik disapukan pada tetamu sebelum memasuki Salt Grotto, Aquaveda – katil dipanaskan atau rawatan sikat sabun dengan fasiliti pengelupasan badan automatik, dan Mandi Herba, rawatan rekaan Austria yang merupakan sauna yang diinfuskan dengan herba.
Penginapan mewah ini turut didatangi dengan pilihan citarasa hebat bagi tetamu yang mementingkan kehalusan kulinari dengan lima outlet makanan dan minuman. Ia termasuk La Vie yang menawarkan makanan sepanjang hari, L’assiette yang menampilkan menu bertema Perancis, Belle Vue Tea Room untuk pengalaman minum petang, pilihan wain dan koktel di Le Rouge dan Salon Cigar Lounge, sebuah lounge bar lobi yang menawarkan pilihan minuman koktel yang mempesonakan.
Crème de la crème dari The Chateau Spa & Wellness Resort adalah La Serre Glasshouse, yang telah dianugerahkan secara rasmi sebagai ‘Rumah Kaca untuk Perkahwinan & Acara Terbesar Malaysia’ oleh Malaysia Book of Records. La Serre, yang bermaksud rumah kaca dalam bahasa Perancis merupakan rumah kaca bergaya Eropah yang menawarkan suasana romantis dengan interior yang membuai mimpi seakan untuk menawan hati bakal pasangan anda. Venue seluas 585.29 meter persegi ini menampilkan seni bina yang elegan dengan panel kaca dari lantai ke siling yang bergaya dan dilengkapi dengan skrin LED canggih, candelier kristal mewah dan sistem audio terbaik. La Serre diyakini dapat menyampaikan perkhidmatan yang tiada tolok bandingnya dan suasana eksklusif dengan bumbung yang boleh ditarik balik yang membuka pandangan tanpa gangguan ke langit yang ditaburi bintang, menepati citarasa untuk acara destinasi yang sempurna.
Resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi di Taman Adventure, termasuk Flying Fox, Mendaki Batu, Halangan Tali Tinggi, Jalan Kanopi dan Perang Paintball. Untuk pengalaman yang menenangkan, kunjungi Kampung Jepun untuk menikmati angin sejuk dan suasana tenang yang dikelilingi oleh flora yang menghijau dan fauna. Alami sendiri tradisi Jepun dengan memakai Kimono atau nikmati masakan Jepun asli di Ryo Zan Tei.
La Sante Spa baru-baru ini dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Spa ASEAN di ASEAN Tourism Standard Awards 2025 oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Ia adalah salah satu daripada lima penerima anugerah di Malaysia untuk tahun 2025-2027, sekaligus menetapkan tanda aras bagi tujuan mempromosikan kecemerlangan pelancongan di ASEAN.
The Chateau Spa & Wellness Resort juga mendapat kemenangan berganda yang gemilang sebagai penerima Anugerah Seven Stars and Stripes daripada Seven Stars Academy, otoriti anugerah global yang memberikan tiga anugerah berprestij kepada mereka pada tahun 2011.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment