“PERJALANAN DAN PELANCONGAN MEMBINA EKONOMI YANG PELBAGAI DAN BERDAYA TAHAN”: MENTERI PELANCONGAN ARAB SAUDI, YANG MULIA AHMED AL-KHATEEB, MEMBERITAHU MESYUARAT TAHUNAN WORLD ECONOMIC FORUM DI DAVOS

Spread the love

· Sesi Perjalanan & Pelancongan rasmi tampil menonjol pada agenda WEF, dengan pemimpin global menumpukan perhatian kepada kuasa transformatif sektor tersebut.
· Yang Mulia menggesa pemimpin global untuk memberi perhatian sewajarnya kepada sektor ini untuk memangkin pertumbuhan ekonomi lestari, merentas sempadan, dan berbilang sektor.

Menteri Pelancongan Saudi, Yang Mulia Ahmed A. Al-Khateeb meletakkan perjalanan dan pelancongan pada agenda global di Mesyuarat Tahunan World Economic Forum di Davos, Switzerland, minggu ini. (Foto: AETOSWire)

DAVOS, Switzerland, 28 Jan (Bernama) — Sumbangan penting sektor Perjalanan dan Pelancongan kepada usaha membentuk landskap global ditekankan di Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) di Davos minggu ini dengan Yang Mulia Ahmed A. Al-Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi, menggesa pemimpin dunia untuk memberi tumpuan dan penyelesaian kolaboratif sewajarnya.

Arab Saudi mengalu-alukan hampir 30 juta pengunjung antarabangsa dalam tahun 2024 dan menyumbang hampir 5% kepada KDNK Negara ini. Dalam sesi khusus WEF tentang perjalanan dan pelancongan, Yang Mulia, yang menghadiri Davos sebagai sebahagian daripada Delegasi WEF Arab Saudi rasmi, menarik perhatian kepada kadar pertumbuhan Negara ini yang belum pernah berlaku. Beliau menekankan peranan kritikal yang dimainkan oleh pelancongan dalam membina ekonomi yang pelbagai dan berdaya tahan, menekankan bahawa apabila Visi 2030 Saudi memanfaatkan sektor perjalanan dan pelancongan, Negara ini mula membina pengalaman pelancongan holistik berlandaskan kolaborasi antarabangsa, amalan terbaik dan pembangunan lestari.

Dalam ucapan penutup Mesyuarat Tahunan WEF, Yang Mulia berkata bahawa dunia menyaksikan lonjakan pelancongan yang luar biasa, dengan industri ini kini sudah pulih sepenuhnya kepada tahap pra-pandemik dengan ketibaan antarabangsa 1.4 bilion pada tahun 2024.

“Dunia mengharapkan kita untuk membina ekosistem pelancongan aktif yang memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama memelihara planet dan kualiti kehidupan kita. Pelancongan bukan sekadar industri – ia kuasa transformatif. Kita perlu memupuk tindakan kolektif untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dalam industri dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar serta memastikan daya tahan sektor ini,” kata Yang Mulia..

 Sepanjang forum ini, Yang Mulia menerajui perbincangan sebagai suara utama pada panel rasmi WEF yang termasuk “Travel and Tourism’s Role in Building Trust” dan “The Way We Will Travel”, memfokuskan kepada menggerakkan pertumbuhan sektor yang pelbagai dan meningkatkan kerjasama global untuk memacu sektor perjalanan dan pelancongan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, serta sesi peringkat tinggi di Saudi House yang meneroka “Scaling Sustainable Tourism: Connecting People and Places.”

Beliau berkongsi pentas dengan pemimpin terkemuka, termasuk Perdana Menteri Albania Edi Rama, Pesuruhjaya Eropah untuk Pengangkutan dan Pelancongan Apostolos Tzitzikostas, CEO Switzerland Tourism Martin Nydegger dan CEO Trip.com Jane Sun yang semuanya berkongsi sentimen Yang Mulia tentang keperluan untuk kolaborasi global selanjutnya.

 Sejajar dengan strategi pelancongan yang berfikiran jauh Arab Saudi, Kementerian ini melancarkan panduan pelaburan baharu, “Hospitality Investor White Paper” semasa Mesyuarat Tahunan WEF. Inisiatif ini menyokong sasaran Visi 2030 yang mencabar, dengan matlamat untuk menarik lebih SAR 40 bilion (USD 11 bilion) dalam pelaburan swasta, menyumbang SAR 16 bilion (USD 4 billon) kepada KDNK, dan mewujudkan 1.6 juta pekerjaan menjelang 2030.

 Menteri Al-Khateeb juga menyumbang pandangan pakar kepada kertas taklimat WEF “The Future of Travel and Tourism: Embracing Sustainable and Inclusive Growth” yang menonjolkan permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan lestari dan kepentingan kolaborasi antara sektor dan keperluan untuk memastikan komuniti tempatan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang terhasil.

Dalam ucapan penutup Mesyuarat Tahunan WEF, penyertaan Menteri Al-Khateeb menunjukkan peranan transformatif Arab Saudi dalam membentuk semula landskap pelancongan global, mengukuhkan visi Negara ini untuk meletakkannya sebagai hab terkemuka untuk perjalanan lestari.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation