• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Saifuddin beri sumbangan pada keluarga anggota UTK meninggal dunia

Spread the love
(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail )

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberi sumbangan kepada keluarga anggota UTK beliau yang meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya minggu lalu.

Beliau berkata sumbangan itu diserahkan melalui pegawai-pegawainya kepada isteri dan bapa mertua Allahyarham KPL Samree Sungkai.

“Pada Jumaat yang lepas saya telah menerima berita sedih bahawa Allahyarham KPL Samree telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 24 Januari 2025 di Lebuhraya Utara Selatan.

“Allahyarham KPL Samree adalah merupakan anggota UTK yang berkhidmat dengan saya dan kehilangan beliau amat dirasai oleh kami semua.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa beliau, menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan beliau kepada negara,” katanya di Facebooknya.

Saifuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Samree dan mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan mereka.

“Semoga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation