• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen, petrol kekal

Spread the love

PUTRAJAYA: Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter bermula esok, menurut Kementerian Kewangan.

Kata kementerian itu, manakala RON95 dan RON97 kekal masing dengan RM2.05 dan RM3.43.

Dalam pada itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal RM2.15 seliter.

Kadar baharu itu berkuat kuasa bermula 30 Januari hingga 5 Februari ini.

Menurut Kementerian harga diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation