PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan membawa kegembiraan, kesejahteraan, dan kemakmuran kepada semua.
Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
“Di musim perayaan ini, marilah kita saling menziarahi keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan tanpa mengira bangsa.
“Bersama-sama, kita raikan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang penuh keindahan,” katanya di Facebook.
Menurut Saifuddin lagi, beliau berharap kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan di mana sahaja anda berada.
“Keselamatan kita adalah tanggungjawab bersama. Gong Xi Fa Cai,” katanya.
Be the first to leave a comment