• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kes kenderaan rempuh sekumpulan individu di Jalan Klang Lama bermotif jenayah – Saifuddin

Spread the love
Image

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden dua kenderaan merempuh sekumpulan individu di Jalan Klang Lama, bukan kes kemalangan biasa.

Beliau berkata sebaliknya ia jelas bermotifkan jenayah.

“Insiden ini adalah serius. Kita lihat dalam video, itu bukan kemalangan biasa. Nampak macam dia ramp (tekan minyak) untuk tujuan bunuh.

“Biar polis lakukan siasatan…saya turut difahamkan tangkapan sudah dibuat. Polis juga akan buka kertas siasatan segera. Mereka sudah kenal pasti nombor plat kereta (suspek) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden yang mengejutkan orang awam itu.

Saifuddin mengulas mengenai insiden itu ketika menjadi tetamu program Analisis Madani yang mengupas tajuk Malaysia Aman: Kedaulatan dan Keselamatan yang disiarkan secara langsung di TV Al Hijrah semalam.

Terdahulu, media melaporkan dua lelaki cedera selepas dirempuh dua kenderaan, iaitu kereta Toyota Vios dan pacuan empat roda Hilux.

Sementara itu, Saifuddin berkata komitmen semua pihak penting bagi memastikan keselamatan setiap individu di negara ini terus dipertahankan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada insiden terbabit boleh menggugat kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara aman.

“Apakah (insiden ini) beri gambaran keseluruhan tahap keamanan di negara kita.

“Negara kita kekal aman dan menjadi tanggungjawab untuk kita pertahankannya dari sudut kestabilan politik, selain itu memastikan tak berlaku ketegangan dari segi kaum dan agama.

“Ini tanggungjawab bersama. Kerajaan ada peranan, rakyat juga ada peranan untuk kekalkan keamanan yang kita kecapi,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation