LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

Spread the love

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet Canseleri Kompleks Tun Abdul Razak UMPSA kampus Pekan, Pahang.

Majlis tersebut telah berlansung pada 11 Julai lepas.

MOU telah ditandatangani oleh Encik Khairuzamri M Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah.

“LPNM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memajukan industri nanas negara. Peningkatan permintaan nanas dalam dan luar negara memberikan satu cabaran kepada kami untuk memastikan industri nanas Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dan memberikan impak yang baik kepada pengusaha, penjual dan pengguna akhir.

Kerjasama ini membuka peluang besar bagi LPNM mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang penyelidikan dan teknologi pertanian. Melalui kerjasama ini, LPNM bakal mendapat pendedahan yang luas dalam pelbagai aspek seperti Internet of Things (loT), Revolusi Perindustrian 4.0, dan teknologi terkini berkaitan pertanian.” kata Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali

Tambah beliau, terdapat beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan antara kedua-dua pihak sejak tahun 2016 lagi. Antaranya ialah ialah kajian berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam ladang, penghasilan produk bongkah cendawan nanas, pembangunan sistem solar untuk pertanian malam (night farming) dan penghasilan baja organik prebiotik. Namun kerjasama yang telah sedia ada itu lebih menjurus hubungan dua hala antara UMPSA dengan pejabat LPNM peringkat Negeri Pahang sahaja.

“Melangkah ke hadapan, saya yakin dan percaya MOU ini akan membuka ruang kerjasama lebih besar yang bakal memanfaatkan bukan sahaja LPNM dan UMPSA, bahkan kepada semua pemegang taruh dalam rantaian industri nanas tanah air.

Justeru, MOU yang ditandatangani merupakan satu langkah penting dalam merealisasikan program kebitaraan yang bertujuan memperkasa pembangunan industri nanas menerusi kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi seperti UMPSA ini.

Ia juga amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi pertanian termasuklah industri nanas.” kata Sheikh Umar.

    Login to enjoy full advantages

    Please login or subscribe to continue.

    Go Premium!

    Enjoy the full advantage of the premium access.

    Stop following

    Unfollow Cancel

    Cancel subscription

    Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

    Go back Confirm cancellation