Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung
Oleh : JomCheck
Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah aplikasi bernama MyResQ yang dipromosikan melalui video yang tular di aplikasi WhatsApp.
Video berkenaan menunjukkan fungsi positif aplikasi MyResQ yang berupaya untuk mempercepatkan bantuan awal kepada mangsa serangan jantung oleh penyelamat berdekatan yang terdiri daripada orang awam berkemahiran.
STATUS: BENAR
PENJELASAN: Aplikasi MyResQ (https://web.myresq.my/) merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar perubatan dengan tujuan untuk memberi bantuan kecemasan awal kepada mangsa serangan jantung mengejut (cardiac arrest) oleh penyelamat berdekatan.
Sumber: https://ikram.org.my/aplikasi-myresq-bantuan-awal-mangsa-serangan-jantung/
Tambahan isi lain untuk menjelaskan aplikasi ini adalah:
a. MyResQ mendaftarkan penyelamat sukarela dan mesin Automated External Defibrillators (AED)di kawasan umum.
b. Ia dapat mengaktifkan panggilan bagi penyelamat berdekatan untuk datang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa serangan jantung.
c. Tindakan ini juga akan mengurangkan tempoh tindak balas kecemasan yang diterima oleh mangsa sementara menunggu bantuan yang sepatutnya tiba oleh pasukan perubatan yang bertauliah.
d. Ia telah dibangunkan dengan misi untuk mengurangkan statistik kematian dan hilang upaya.
Lepas ini kalau anda rasa ragu-ragu dengan maklumat yang dijumpai, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!
Be the first to leave a comment