Penangkapan pendatang tanpa izin di perairan Filipina : MOTAC mulakan siasatan

Spread the love

PUTRAJAYA, 5 September 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius berkenaan penahanan warganegara China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September 2024.

Menurut laporan awal, tangkapan oleh pihak berkuasa Kerajaan Filipina terdiri daripada 8 warga China dan 3 warga Malaysia.

“Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. Laporan awal menyatakan pelancong tersebut telah ke lautan Malaysia bagi tujuan memancing dan telah memasuki lautan Filipina akibat cuaca buruk.

MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan. Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit.” kata MOTAC.

MOTAC turut memberikan peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara agar memastikan semua pakej pelancongan dan pengaturan perjalanan mematuhi peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992, peraturan-peraturan di bawahnya dan undang-undang bertulis lain.

“Pematuhan kepada undang-undang adalah penting untuk mengekalkan integriti industri pelancongan serta memastikan keselamatan serta keabsahan aktiviti pelancongan di bawah kendalian setiap ejen pelancongan.” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation