• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat Motivasikan Gerakan Koperasi Negara

Spread the love

MELAKA, 5 September 2024 – Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat memotivasikan gerakan koperasi di seluruh negara dalam usaha kerajaan menjadikan gerakan koperasi sebagai ejen membasmi kemiskinan.

Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi di Melaka, semalam.

Ab Rauf dan Ewon menyempurnakan gimik perasmian MAGK’24

Pada majlis itu lima koperasi dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 masing-masing menerima anugerah.

Penerimanya ialah Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Ladang Berhad.

Turut dilancarkan Buku Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia 2024

Selain itu turut disampaikan lima Anugerah Koperasi premier 2024 iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad, Koperasi NLFCS Berhad dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Ketika berucap pada majlis itu, Ewon menyeru semua koperator koperasi terbaik di Malaysia supaya terus meningkatkan hasil perniagaan koperasi.

Selain itu katanya falsafah dan prinsip koperasi juga perlu diutamakan kerana ia menjadikan koperasi sebuah model perniagaan unik dan istimewa untuk mendokong Ekonomi MADANI dan martabat negara.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan permohonan kerajaan negeri Melaka untuk mengadakan Konvensyen Koperasi Masjid Peringkat Kebangsaan di Melaka pada tahun 2025 dan juga Hari Koperasi Negara 2025 juga akan diadakan di negeri ini.

Mengenai Gerakan koperasi di Melaka, Ewon berkata, Melaka mempunyai potensi besar sebagai ejen membasmi kemiskinan dalam mencapai hasrat Melaka “Menuju Negeri Lestari” pada tahun 2035.

“Melaka mempunyai 487 buah koperasi dengan keanggotaan sekitar 178 ribu orang dan berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM156 juta,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato’ Azhar Haji Arshad, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Seah Shoo Chin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP Azizul Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif, SKM Rusli Jaafar.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation