Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk negara mencapai 82%

Spread the love

KULAI, 7 September 2024 – Karnival Komunikasi 2024 yang membuka tirainya di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor pada 6 September 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini.

Karnival dua hari bertemakan “Literasi Komunikasi, Masa Depan Harmoni” mengetengahkan aspek komunikasi dan keterhubungan tanpa batasan bagi kesinambungan masa hadapan.

Kredit : FB Karnival Komunikasi

“Untuk makluman semua, objektif Karnival Komunikasi secara amnya adalah untuk mempromosikan jalur lebar dan ketersambungan yang telah dibangunkan untuk rakyat Malaysia melalui jalur lebar talian tetap dan juga jalur lebar talian mudah alih.

Sebanyak 77 pemancar 5G telah dirancang dan kesemuanya telah beroperasi buat Parlimen Kulai daripada 927 tapak di keseluruhan Johor bagi memastikan rakyat menikmati sambungan internet yang
lebih pantas, stabil, dan mampu menyokong keperluan teknologi masa hadapan.” kata Teo di dalam ucapannya.

Tambah Teo, sehingga Ogos 2024 capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara telah mencapai 82% daripada 7,509 tapak pemancar 5G yang telah dirancang di seluruh negara termasuk kawasan bandar dan luar bandar. Bagi keseluruhan Johor pula, 922 tapak pemancar telah dirancang dengan capaian liputan 5G di negeri itu pada kadar 84.1%.

Pengunjung karnival itu juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat mengenai produk telekomunikasi daripada TM Technology Services Sdn. Bhd.(TM), U Mobile, Celcomdigi, Maxis dan YES.

Antara pengisian menarik sepanjang karnival tersebut termasuklah KK Fun Run, Sukan Rakyat JIWA Komuniti MADANI, pertandingan e-sukan FIFA 2024, perkongsian Unifi sebagai Platform Digital Anda, taklimat keselamatan dalam talian, buli siber dan talian 999. Pengunjung juga boleh mendapatkan diskaun 30% bagi bayaran saman Polis Diraja Malaysia.

Turut diadakan, konsert mini yang menampilkan Kaka Azraff, Haziq Rosebi dan One Avenue Band.

Pada majlis sama, Teo menyampaikan watikah pelantikan kepada lima buah Komuniti MADANI yang melibatkan Parlimen Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

Karnival yang akan diadakan sebanyak tiga siri pada tahun ini merupakan kerjasama strategik dengan TM serta kesinambungan inisiatif Pelan Promosi Jalur Lebar anjuran kementerian sejak 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang karnival.komunikasi.gov.my serta media sosial rasmi Karnival Komunikasi.

Perasmian Karnival Komunikasi 2024 turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan bin Dato’ Hj. Mohd Rashidi serta Ketua Pegawai Korporat TM, Nor Fadhilah Mohd Ali.

    Login to enjoy full advantages

    Please login or subscribe to continue.

    Go Premium!

    Enjoy the full advantage of the premium access.

    Stop following

    Unfollow Cancel

    Cancel subscription

    Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

    Go back Confirm cancellation