KUALA LUMPUR, 16 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengambil keputusan untuk mendedahkan isi kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditolak pembangkang baru-baru ini.
Ini susulan dari kenyataan media oleh Ketua Pembangkang, Dato; Seri Hamzah Zainudin, berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan.
“Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan, maka dengan ini saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani (rujuk dua lampiran disertakan, Lampiran A dan Lampiran B).
Niat Kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang.
Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia.” kata Fadillah.
Jelasnya lagi, ia digambarkan dalam mukadimah MoU berkenaan. Manakala intipati MoU berkenaan adalah seperti berikut ;
1. TEMPOH KUATKUASA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Berkuatkuasa dari tarikh Memorandum dan terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15, atau pada 19hb Disember 2027 (mana yang terdahulu).
2. OBLIGASI PERIKATAN NASIONAL
Menyentuh mengenai peranan dan fungsi Ahli Parlimen Pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai Ahli Parlimen Pembangkang Berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina. Ia juga menyentuh pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.
3. OBLIGASI KERAJAAN PERSEKUTUAN
Kerajaan Persekutuan antara lain mengakui bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai Pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada Negara, Perlembagaan Persekutuan, dan Institusi Diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab.
4. KETELUSAN DAN TIADA KERAHSIAAN
Memorandum tersebut tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.
5. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
Memorandum Persefahaman itu hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
6. PEMBATALAN MEMORANDUM
Memorandum Persefahaman tersebut secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini. Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.
“Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali.” tegas Fadillah.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment