Majikan tak boleh paksa pekerja ambil cuti tahun atau tanpa gaji sepanjang TBC

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggesa majikan yang berhasrat untuk menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baru Cina tidak memaksa mana-mana pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji di dalam tempoh berkenaan.

Menurut KESUMA, pihaknya telah menerima aduan daripada pihak pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja-pekerja untuk mengambil cuti tahun atau cuti tanpa gaji berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 Januari 2025 dan 30 Januari 2025.

” KESUMA ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan.

“Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut KESUMA, pekerja yang mendapati majikan telah menolak kelayakan cuti tahunan ataupun gajinya bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am, boleh melaporkan perkara tersebut kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat pekerjaannya.

” Ia sebagaimana mengikut peruntukan seksyen 69 Akta Kerja 1955 (Akta 265),” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation