PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mendoakan agar semua pekerja Malaysia akan mendapat kebahagiaan dan rezeki yang melimpah di tahun ular sempena Tahun Baru Cina.
Beliau dan seluruh warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.
“Kepada mereka yang memandu di cuti tahun baharu ini berhati-hati di jalan raya agar kita semua sampai dengan selamat.
“Dalam semangat Malaysia MADANI, mari kita raikan perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan negara kita. Selamat Tahun Baru Cina,” katanya.
Be the first to leave a comment