trending_flat

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata soal pembentukan kabinet kerajaan diserahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tadi, ia akan dilakukan sesegera mungkin. "Sepertimana yang saya sebut, tidak seperti mana biasa Kerajaan Perpaduan ini melibatkan banyak parti jadi sebelum buat keputusan saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya jumlah (anggota) kabinet itu dikecilkan. Kalau dulu dia masuk ajer la. Lima puluh? Ok. Enam puluh? Ok. Tak cukup lagi? (Ada) Duta Khas. Tak cukup lagi? (Ada) Penasihat Khas. Saya tak sanggup buat begitu." katanya yang dipercayai merujuk kepada saiz kabinet kerajaan terdahulu. Mengulas mengenai kenyataan Ramkarpal Singh bahawa tidak perlu lagi usul undi percaya di sidang Parlimen nanti kerana beliau sudah memperolehi jumlah majoriti yang jelas, Anwar berkata bahawa usul itu tetap akan diteruskan. "Saya […]

trending_flat

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH). Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan. Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah […]

trending_flat

Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

PUTRAJAYA, 28 November 2022 - Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, adalah sangat penting untuk Kerajaan memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung dan menstabilkan keperluan dalam negara. "Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan." katanya. Mohd Azmi juga berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisne yang efisien. "Saya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/ pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar." katanya. Terdahulu beliau mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera menumpukan perhatian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation