trending_flat

Burger King tawarkan Menu RAHMAH

JOHOR BAHRU, 10 FEBRUARI 2023 – Susulan daripada kerjasama sinergi di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama industri restoran dan peruncitan, inisiatif “Menu RAHMAH” telah berjaya menarik kerjasama bersama industri rantaian restoran makanan segera. Semalam, Restoran BURGER KING® yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual Restaurant) yang utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera pertama yang melancarkan “Menu RAHMAH” dalam menu sajian kepada pelanggannya. “Menu RAHMAH” ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis protein iaitu BK Chick’N Crisp® (Ayam) dan Cheesy Beef (Daging) dan disertakan dengan sebotol Air Mineral Dasani dengan harga RM 5.00 bagi satu hidangan di 140 buah cawangannya di Semenanjung. Daging lembu dan ayam yang digunakan adalah 100 peratus disahkan Halal dan syarikat hanya menggunakan sayur-sayuran segar yang diperolehi dari seluruh Malaysia." kata Menteri KPDN, […]

trending_flat

Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan

10 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan oleh pihak media baru-baru ini. Menurut Naib Presiden UMNO itu, laporan-laporan tersebut adalah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari 2023. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini. "Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen. Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu. Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari." ujarnya.

trending_flat

Pasukan kerja rangka Kertas Putih perolehan Vaksin COVID-19 ditubuhkan

10 Februari 2023 - Merujuk kepada sidang media Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19. Ia merupakan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 lepas. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Binti Mustafa berkata Kertas Putih tersebut akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. "Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat. Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri juga, KKM […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation