trending_flat

Tarikh penguatkuasaan baharu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai 2023

PUTRAJAYA 22 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata penetapan tarikh penguatkuasaan itu memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Tambah KPDN, selari dengan perkara itu, KPDN akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti yang telah ditetapkan. "Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun 2023 ini adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperolehi standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang ingin mengedar, mengeluar atau menjual pelitup muka bukan perubatan di dalam negara mestilah memastikan […]

Punca kerosakan adalah “ground movement”

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyatakan bahawa siasatan ke atas kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang telah mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya semenjak 27 Januari 2023, telah selesai dijalankan. Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa hasil siasatan menunjukkan bahawa kerosakan kepada tiga struktur viaduct dan pier telah diakibatkan oleh “ground movement” yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan. "Seperti yang telah dinyatakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 27 Januari 2023, kerja-kerja tersebut telah mula dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan APAD di bawah Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367]. Pihak Prasarana kini dalam proses melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja baikpulih yang akan dimulakan pada awal bulan Mac dan dijangka akan mengambil masa […]

trending_flat

YDPA terima taklimat perkembangan projek rangkaian gentian optik dasar laut Pulau Tioman

21 Februari 2023 - Perkembangan terkini mengenai Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang merangkumi pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut Pulau Tioman telah dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu sesi taklimat di Pulau Tioman pada 19 Februari (Ahad). Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mencemar duli menghadiri sesi taklimat Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), di Pulau Tioman, pada Ahad. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan semalam, pelaksanaan rangkaian gentian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation