Institusi Tvet@Kkdw Jalin Usaha Sama Dengan Rakan Industri
SUBANG, 23 Februari 2023 – Komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkasakan Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional, TVET diterjemahkan dengan meningkatkan jalinan kerjasama dengan rakan-rakan industri untuk mendukung aspirasi nasional. Semalam Majlis Pertukaran Dokumen Usaha sama antara Institusi TVET@KKDW bersama Rakan-Rakan Industri di UniKL MIAT, Kampus Subang diadakan. Ia disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata sebanyak 18 syarikat rakan industri dalam bidang teknologi darat, laut dan udara memeterai jalinan usaha sama strategik bersama institusi pendidikan TVET di bawah KKDW yang terdiri dari GIATMARA, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA- TECH), Institut Kemahiran MARA (IKM),Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan UniKL. "Jalinan usaha sama strategik dengan semua pihak yang berkepentingan khususnya rakan-rakan industri melengkapkan ekosisistem pendidikan TVET@KKDW dalam memastikan agenda memartabatkan […]