Tiada kompromi terhadap rasuah dan salah guna kuasa – JPN
PUTRAJAYA, 4 Julai 2023 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius terhadap laporan media baru-baru ini mengenai pihaknya sedang disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa. Kata JPN dalam satu kenyataan hari ini, adalah menjadi prinsipnya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan Jabatan tersebut. "JPN kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat Jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidakbertanggungjawab. JPN juga ingin mengingatkan, tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN. Jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran." katanya. Tambah JPN, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi […]