KPDN optimis misi perdagangan ke Kemboja bawa hasil pulangan pelaburan ke negara
PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu Misi Perdagangan Francais Ke Phnom Penh, Kemboja Bagi Program Franchise Malaysia In Phnom Penh, Cambodia yang diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2023. Ia diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Dato’ Rohaizi Bahari. turut hadir bersama adalah Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric Yeo. Selain wakil daripada KPDN, delegasi itu turut disertai oleh wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA), MATRADE dan 5 syarikat francais terkemuka tempatan seperti Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan MyeongDong Topokki. "KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang […]