Menerima dan menghargai fasa kehilangan
Oleh: Dr. Azleen Ilias Kesedihan adalah pengalaman universal yang melampaui budaya, agama, umur, dan apa jua keadaan. Ia adalah emosi yang dialami oleh semua individu secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah tindakbalas kepada kehilangan, sama ada kematian orang yang dicintai, putus hubungan, kehilangan pekerjaan, atau apa jua perkara buruk yang berlaku dalam hidup ini. Dalam masyarakat kita, seringkali terdapat tekanan untuk “pulih” daripada kesedihan dengan segera dan kembali normal secepat mungkin. Dr. Azleen Ilias Stigma yang sering dimomokkan adalah isu pemikiran negatif, sakit jiwa, atau kemurungan. Walau bagaimanapun, mengatasi kesedihan bukanlah laluan mudah, dan penerimaan adalah komponen penting penyembuhan bagi seseorang individu. Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi makna merangkul kesedihan dan mencari penerimaan dan hikmah di tengah-tengah kehilangan atau kedukaan. Kesedihan adalah satu pengalaman yang rumit dan mempunyai pelbagai dimensi. Ia merangkumi pelbagai emosi, seperti marah, rasa bersalah, […]