Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
PUTRAJAYA, 3 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan ke atas premis kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual produk makanan yang tertera perkataan ‘No Palm Oil’ pada plastik pembungkusan produk berkenaan pada 2 Mei 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya yang bermula pada jam 11.45 pagi itu adalah hasil aduan awam yang telah diterima oleh pihak Kementerian. "Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemui produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan ‘No Palm Oil’. Kesemua produk aiskrim tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60. Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit Dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022. Jika sabit […]