Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

Spread the love

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi.

Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka.

Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman – EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem – Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana
Budaya. Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) telah menjemput Istana Budaya untuk bersama menjayakan acara bulanan negeri Melaka yang gilang-gemilang ini ke tahap yang lebih cemerlang.

OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA yang diadakan di kawasan Stadthuys ini masih mengekalkan konsep asal dalam memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung untuk merasai nilai seni muzik tradisional Malaysia dengan lebih dekat. Hadirin berpeluang merasai kenikmatan auditori gabungan keaslian alat-alat muzik tradisional Malaysia seperti Akordian,  erunai/Rebana, Sape, Sitar, Seruling, Gambus, Keromong, Rebana/Darbuka, Mandolin, Yanqin dan Caklempong. Seramai 22 orang pemuzik terlibat dalam memberikan persembahan bertenaga ini dan diketuai oleh Encik Mohd Yazid bin Zakaria, Konduktor OTM.

Bagi merancakkan suasana, Istana Budaya juga menampilkan penyanyi Dhiya Suhaili serta lapan (8) orang Artis Tari Istana Budaya (ARTISTANA) mempersembahkan pelbagai jenis tarian sehingga tibanya persembahan bunga api.

Selain Istana Budaya, acara yang berlangsung selama empat (4) jam ini ini turut diserikan oleh Yasser Fikri dengan persembahan lagu Senandung Anak Melaka dan tarian seni budaya oleh kumpulan Briged Seni Melaka serta nyanyian oleh Sazali Mohd Sani, Muhd Afiq Danial Ramli, Noraini Othman dan Dayang Syarfa Syazana Datu Shadan.

Terdapat banyak lagi peluang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang boleh dinikmati sepanjang program Melaka Bila Larut Malam pada tahun ini. Melaka Nightlife edisi September ini juga gamat dengan persembahan eksklusif oleh OTM dan semestinya memberikan pengalaman yang menakjubkan buat semua yang hadir.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Istana Budaya, awam boleh layari portal dan di setiap platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya melalui e-mel info@istanabudaya.gov.my atau di talian 03-4026 5555.

 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation