SHAH ALAM 2 September 2024 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Rasuah Busters telah bersetuju menjalinkan kerjasama strategik dalam usaha membina asas yang kukuh untuk memerangi salah laku, penyelewengan dan memperkukuh integriti di kalangan pegawai penguat kuasa.
Dalam satu kenyataan, EAIC berkata kerjasama tersebut akan memfokuskan program kesedaran dan pendidikan yang akan dilaksanakan di pelbagai peringkat dan kumpulan sasaran, bermula dari sekolah rendah hingga sektor awam dan swasta ke arah mendidik masyarakat tentang pencegahan salah laku dan pembudayaan integriti yang tinggi.
“Kerjasama ini adalah langkah penting dalam usaha EAIC memastikan pematuhan integriti dalam agensi penguatkuasaan khususnya di bawah seliaan Suruhanjaya ini. Dengan berganding bahu bersama Rasuah Busters, EAIC komited untuk memupuk budaya integriti dan membanteras salah laku dengan lebih berkesan.
Kami percaya melalui program pendidikan dan kesedaran yang lebih baik, kita dapat mencapai sistem penguatkuasaan yang lebih telus dan berintegriti,” kata Ahli Pesuruhjaya EAIC, Datuk Seri Dr. Yusoff Ismail yang mengetuai perjumpaan bersama Ketua Pasukan Skuad Rasuah Busters, Dato’ Husamuddin Yaacub semalam.
Sementara itu Rasuah Busters berbesar hati untuk bekerjasama dengan EAIC dalam usaha penting itu.
“Integriti adalah teras kepada sistem penguatkuasaan yang berfungsi dengan baik. Kami berharap kerjasama ini akan membantu memajukan amalan terbaik dan menyediakan platform yang kukuh untuk mencegah salah laku,” kata Dato’ Husamuddin Yaacub.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment