• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kembara JOM dapatkan maklum balas dan pandangan terhadap Pelan Transisi Kepimpinan Belia

Spread the love

SANDAKAN, 2 September 2024 – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim hadir ke Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara (JOM) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, semalam.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Encik Apui Jan.

Kredit : UKK KBS

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kembara JOM merupakan sebuah inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

“Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan untuk memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara kandungan utama kepada pindaan Akta 668 adalah merangkumi penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat (4) tahun. Pindaan Akta 668 telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 dan akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.” kata KBS.

Sehubungan itu, Kembara JOM merupakan platform terbaik bagi pemegang taruh belia:

  • mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang pelan transisi kepimpinan belia;
  • meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Akta 668 dan pindaan 2019;
  • meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai hala tuju belia dan kepimpinan belia negara; dan
  • mendapatkan maklumat terkini untuk merangka program dan aktiviti pembangunan belia yang menyeluruh, inklusif dan komprehensif.

Tambah KBS, antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan.

“Pelaksanaan Kembara JOM ini juga menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan pembangunan belia seiring dengan hasrat dan aspirasi dalam kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).” ujar KBS.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation